Sejarah Balai Cerap Astronomi Kourovka

Balai Cerap Astronomi Kourovka ditubuhkan pada 1965 oleh pihak Fakulti Fizik Universiti Negeri Ural (USU, kini sebahagian UrFU) yang pernah menubuhkan sebuah lagi balai cerap pada 1957.[2] Balai cerap ini pada asalnya dibina untuk memerhati pergerakan satelit-satelit buatan setelah kejayaan pelancaran satelit-satelit Sputnik oleh pihak Soviet, tetapi kegunaan balai cerap diperluas kepada bidang-bidang astronomi secara am.[2] KlavdiĆ¢ Barkhatova berperanan sebagai pembantu dan penasihat dalam pembinaan balai cerap ini.[3] Sebuah eksoplanet, 4964 Kourovka yang ditemui pada Julai 1979, dinamakan sempena balai cerap ini.[4]

Susulan kejadian kejatuhan meteor di bandar Chelyabinsk pada 2013, pihak balai cerap menjadi salah satu golongan-golongan terawal yang menjadi rujukan oleh kerajaan Rusia tentang keselamatan berkaitan angkasa.[3]

Ketua balai cerap

Ketua Jabatan Astronomi USU

  • 1937-1945 - Avenir Yakovkin
  • 1945-1949 - Sergey Muratov
  • 1960-1986 - Klavida Barkhatova
  • 1987-1992 - Anatoly Vasilevsky
  • 1992-1998 - Sergei Gulyaev
  • Sejak 1999 - Eduard Kuznetsov

Pengarah balai cerap

  • 1974-1982 - Georgy Romashin
  • 1982-2016 - Polina Zakharova
  • Sejak 2016 - Andrey Sobolev (pemangku)

Rujukan

WikiPedia: Balai Cerap Astronomi Kourovka //geohack.toolforge.org/geohack.php?pagename=Balai... http://ngzt.ru/news/view/02-02-2019-otkuda-my-vzya... http://elar.urfu.ru/bitstream/10995/3457/2/physics... http://astro.ins.urfu.ru/kourovka http://astro.insma.urfu.ru/kourovka https://issuu.com/bonikowski/docs/dangerous_situat... https://minorplanetcenter.net/db_search/show_objec... https://web.archive.org/web/20190202182314/http://... https://phys.org/news/2019-11-photometric-properti... https://www.kp.ru/photo/gallery/65172/